Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Gambar SMK Seri Sepang

Gambar SMK Seri Sepang

Tuesday, March 03, 2009

Sejarah Penubuhan SMK Seri Sepang




Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982 dan siap pembinaannya pada tahun 1984. Setelah siap pembinaannya, sekolah ini telah dinamakan Sekolah Menengah Salak kerana kedudukannya berhampiran dengan Kampung Salak.

Pertukaran nama asal kepada Sekolah Menengah Seri Sepang dibuat atas permintaan PIBG khususnya Tuan Pengerusi PIBG, Allahyarham Tn. Hj. Rosli bin Taseh. Perkara ini telah mendapat persetujuan daripada pengetua yang pertama iaitu Tn. Hj. Sabar bin Jakarta.pada tahun 1987.

Sebaik sahaja sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1984, seramai 7 orang guru telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :
Tn. Hj.Sabar bin Jakarta
Pn. Juriah binti (GPK dan Guru Agama)
Pn. Ungku Normah binti Ungku Long
Pn. Fatimah binti Hashim
En. Shaari bin Yahya
En. Dali bin Ithnin
En. Abu Bakar bin Duga

Pada 1 Jun 1984, seramai 127 orang murid telah mendaftar untuk memulakan sesi pertama persekolahan di sekolah ini. Pada peringkat awalnya, SMKSS terdiri daripada 3 blok bangunan induk di samping sebuah bengkel seni perusahaan dan sebuah kantin. Kini dengan pertambahan murid yang begitu mendadak, dua buah blok bangunan segera telah dibina yang bolah menempatkan 6 buah kelas dalam satu masa.

Sehingga tahun 2013, Pengetua SMKSS terdiri daripada:
Tn. Hj. Sabar bin Jakarta
Tn. Hj. Bin Jentera
Pn. Teh Habibah binti Ahmad
Tn. Hj. Ramlan bin Hamzah
En. Ahmad Badri bin Mardi
Tn. Hj. Aslar bin Muhd Yahya
Datin Hjh. Aminah binti Md. Dali, A.M.N, PJK
Datin Paduka Hjh. Faridah binti Che Hussin

Pn. Zaini binti Mohd Shah