Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Thursday, November 14, 2013

AKTIVITI SEMASA CUTI

Kepada semua pelajar SMK Seri Sepang yang berminat untuk mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat anda semua dijemput menyertai Program Techkidz@KDC pada 19 November 2013 bertempat di MSC Malaysia Knowledge Workers Development Centre (KDC), 3730, Persiaran APEC, Cyberjaya.  Program ini adalah percuma.

Saturday, November 09, 2013

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU SMK SERI SEPANG

Diminta kepada semua guru SMK Seri Sepang membantu seorang pelajar semester akhir Sarjana Pendidikan (Education Technology), UTM.Beliau sedang menjalankan kajian tentang cabaran untuk mengimplementasikan VLE Frog dalam kalangan guru.  Sila jawab soalan pada link di bawah :

https://docs.google.com/forms/d/1M8lg2VSjYvqZljZ8fVUbvsFAe6Jay-Deenu-kUNOpOY/viewform


Wednesday, November 06, 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT UNTUK GURU DAN PENTADBIR

Perhatian kepada semua guru dan pentadbir SMK Seri Sepang yang belum menjawab atau terlepas peluang menjawab soalan kompetensi ICT pada 23 - 31 Oktober yang lepas.  Berikut adalah makluman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Oleh itu, guru-guru diminta menjawab soalan kompetensi ICT ini di laman web yang dinyatakan di atas.  Semoga berjaya!

Tuesday, November 05, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2013

SELURUH WARGA SMK SERI SEPANG MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA KEPADA CALON SPM 2013 SMK SERI SEPANG.  BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.  SESUNGGUHNYA KEJAYAAN KALIAN ADALAH PENENTU MASA DEPAN DAN HALA TUJU HIDUP KALIAN.


Salam Awal Muharam 1435H


SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA WARGA SMK SERI SEPANG

Friday, November 01, 2013

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Selamat Hari Deepavali diucapkan buat semua warga SMKSS yang menganut agama Hindu.  Semoga anda dilimpahi cahaya kehidupan yang bergemerlapan.


Popular Posts