Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Thursday, April 03, 2014

Asrama SMK Seri Sepang


MAKLUMAT ASRAMA SMK SERI SEPANG
                Asrama SMK Seri Sepang telah mula menerima kehadiran pelajar pada 6 Februari 2011.
Asrama ini mampu memuatkan 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan. Asrama ini terdiri daripada 3 blok bangunan. Satu blok bagi pelajar lelaki, satu blok bagi menempatkan pelajar perempuan dan satu blok merupakan dewan makan.
Secara keseluruhannya, kemudahan yang terdapat di asrama SMK Seri Sepang seperti berikut :
-  4 buah kediaman warden              - 1 blok dewan makan
-  2 blok asrama                                   - 2 buah surau
-  2 buah bilik bacaan                         - 2 buah bilik diskusi
-  2 buah bilik riadah                           - 1 bilik PA System
-  6 ruangan stor                                  - 4 ruangan pantry
-  2 tempat menyidai baju.                 - 4 bilik menggosok.
-  8 bilik pengurusan diri (1 ruangan ampaian, 4 tandas, 4 bilik mandi)

ASRAMA SAIDINA
            Blok lelaki di Asrama SMK Seri Sepang dinamakan Asrama Saidina Rasional dinamakan asrama Saidina adalah bermatlamatkan agar pelajar yang menghuni dapat mencontohi keperibadian terpuji tokoh-tokoh Islam. Di dalam blok tersebut mengandungi 8 ruangan dorm bagi pelajar lelaki. Dorm-dorm tersebut diberi nama tokoh-tokoh khulafa’ al-Rashidin dan tokoh-tokoh ilmuan Islam terpenting di dalam Islam antaranya adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.
            Blok yang menempatkan pelajar lelaki mengandungi satu ruangan solat, bilik riadah, bilik bacaan, bilik tetamu, bilik rawatan, bilik menggosok disetiap aras, pantry di setiap aras dan stor di setiap aras. Setiap blok pelajar mengandungi 4 dorm setiap aras dan 2 bilik pengurusan diri yang terdiri daripada tandas dan bilik mandi.

ASRAMA SAIDATINA
            Blok perempuan di Asrama SMK Seri Sepang dinamakan Asrama Saidatina. Rasional dinamakan asrama Saidatina adalah bermatlamatkan agar pelajar yang menghuni dapat mencontohi keperibadian terpuji tokoh-tokoh wanita Islam. Di dalam blok tersebut mengandungi 8 ruangan dorm bagi pelajar perempuan. Dorm-dorm tersebut diberi nama wanita-wanita yang sangat rapat dan berjuang bersama Rasullah SAW. Antaranya Aminah, Khadijah, Aisyah dan Fatimah. Selebihnya dinamakan dengan tokoh-tokoh wanita yang sama-sama berjuang menegakkan agama Islam antaranya Asiah, Balqis/Mariam, Sumayyah dan Zulaikha.
            Blok yang menempatkan pelajar perempuan mengandungi satu ruangan solat, bilik riadah, bilik bacaan, bilik diskusi, bilik rawatan, bilik menggosok disetiap aras, pantry di setiap aras dan stor di setiap aras. Setiap aras mengandungi 4 dorm setiap aras dan 2 bilik pengurusan diri yang terdiri daripada tandas dan bilik mandi.

WARDEN ASRAMA
Selain itu juga, bagi memudahkan tugas warden, di dalam kawasan asrama ini juga terdapat 4 buah kediaman warden. 2 buah kediaman terdapat di dalam kawasan pelajar lelaki dan 2 buah kediaman di dalam kawasan asrama perempuan.
            Antara guru-guru yang pernah bertugas sebagai warden adalah :
-       Pn Fazillah Bt Md Ghazalli                  - daripada tahun 2011- sekarang
-       Pn Ayu Wati Bt Saidi                           - daripada tahun 2011- 2012
-       Pn Siti Amalina Bt Mohd Nasir          - daripada tahun 2011- 2012
-       Pn. Hafizah@Aishah Bt Mohd Noh   - daripada tahun 2013- sekarang

JAWATANKUASA UNIT PENGURUSAN ASRAMA

Penasihat
Pn. Zaini Binti Mohd Shah
(Pengetua)

Timbalan Pengerusi 1
En. Mohd Amin B. Misnoh
(PK Hal Ehwal Murid)

Timbalan Pengerusi 2
Pn. Noor Marhamah Bt Mohd Shamlan
(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1
Tn Hj Amir Adli B. Hanafi
(PK Petang)

Naib Pengerusi 2
Hjh Saadiah Bt Salim
(PK Ko-kurikulum)

Setiausaha
Pn Fazillah Bt Md Ghazalli
(Warden)

Penolong Setiausaha
Pn. Nor Azizah Bt Jusoh
(Setiausaha Unit HEM)


Ahli-ahli
1.    Pn. Norani Bt Ismail                                (GBK Kemanusiaan)
2.    Pn. Hjh Nor Saadah Bt Hussin                (GBK Bahasa)
3.    Pn. Hjh Rozana Bt Saadon                     (GBK Sains & matematik)
4.    Pn. Salwani Bt Adnan                             (GBK Teknik & Vokasional)
5.    Pn Hafizah@Aishah Bt Mohd Noh         (Warden)
6.    Wan Haishah Norain Bt Wan Hasan       (Penyelia Asrama)
7.    En. Agus Salleh B. Mad Zen
8.    En Mohd Sahfrizal Anuar B. Baharudin
9.    Pn. Ezwati Bt Adnan
10.  Pn. Danapakiam a/p Petchay
11.  Pn Nazarita Bt Hassan

No comments:

Post a Comment

Popular Posts