Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Tuesday, January 19, 2016

AMANAT KETUA BALAI UNTUK ANAK-ANAK SMK SERI SEPANG

18 JAN 2016 - ISNIN

SMK SERI SEPANG Menerima kunjungan mesra Ketua Balai ASP Awang Adenan dari Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi.

Kunjungan beliau bersama pasukannya adalah untuk memberikan amanat agar semua murid menjaga ketenteraman sekeliling terutamanya tentang hubungan antara sesama murid dan hubungan dengan guru.  Beliau memberi amanat dalam perhimpunan pada sesi pagi dan sesi petang.

Semoga kunjungan seperti ini dilakukan dengan lebih kerap lagi di masa akan datang demi menjaga ketenteraman sekolah dan masyarakat.

   

PROGRAM LAWATAN JALINAN ANTARABANGSA MUSYAWARAH KERJA KEPALA SEKOLAH ACHEH BESAR, BANDA ACHEH, INDONESIA

14 JANUARI 2016 - KHAMIS

Perkarangan SMK SERI SEPANG dimeriahkan oleh kunjungan delegasi Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar, Banda Acheh, Indonesia yang terdiri daripada 30 orang kepala sekolah sekitar Acheh Besar.

Lawatan ini merupakan kunjung balas delegasi Acheh sebagai tanda terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan sebahagian guru SMK Seri Sepang kepada sekolah-sekolah di Acheh.

Program ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.  Lawatan ini disambut meriah dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang Kelab Seni Budaya sepanjang perarakan dari tapak parkir ke Bilik Gerakan.  Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan silat pembukaan oleh pesilat sekolah dan persembahan tarian zapin oleh kumpulan penari Kelab Seni Budaya.  Majlis ini turut dihadiri oleh Hj Khairi bin Bidin, PPD Sepang.

Tujuan lawatan ini juga bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa di antara SMK Seri Sepang dengan Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar melalui tanda tangan perjanjian persefahaman oleh Pengetua SMK Seri Sepang dan Kepala Dinas Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar.

  
             

Monday, January 04, 2016

PERMATA GEMILANG SMKSS

4 JAN 2016 Persekolahan sesi 2016 diceriakan dengan berita gembira untuk semua warga SMKSS apabila seorang murid puteri, SITI NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SYAWAL telah memenangi Johan Silat Remaja Dunia bagi Kategori Puteri Kelas J. Kejohanan ini telah berlangsung pada 26 - 31 Disember 2015 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Sekalung Tahniah buat SITI NUR SYAHIRAH khususnya dan SMKSS amnya. Semoga kejayaan HEBAT seperti ini berlaku dengan lebih kerap lagi di persada yang besar seperti kali ini, Sesungguhnya, kami warga SMKSS berbangga dengan kejayaan ini wahai SITI NUR SYAHIRAH!

Popular Posts