18 JAN 2016 - ISNIN
SMK SERI SEPANG Menerima kunjungan mesra Ketua Balai ASP Awang Adenan dari Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi.
Kunjungan beliau bersama pasukannya adalah untuk memberikan amanat agar semua murid menjaga ketenteraman sekeliling terutamanya tentang hubungan antara sesama murid dan hubungan dengan guru. Beliau memberi amanat dalam perhimpunan pada sesi pagi dan sesi petang.
Semoga kunjungan seperti ini dilakukan dengan lebih kerap lagi di masa akan datang demi menjaga ketenteraman sekolah dan masyarakat.
Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang
Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..
Tuesday, January 19, 2016
PROGRAM LAWATAN JALINAN ANTARABANGSA MUSYAWARAH KERJA KEPALA SEKOLAH ACHEH BESAR, BANDA ACHEH, INDONESIA
14 JANUARI 2016 - KHAMIS
Perkarangan SMK SERI SEPANG dimeriahkan oleh kunjungan delegasi Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar, Banda Acheh, Indonesia yang terdiri daripada 30 orang kepala sekolah sekitar Acheh Besar.
Lawatan ini merupakan kunjung balas delegasi Acheh sebagai tanda terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan sebahagian guru SMK Seri Sepang kepada sekolah-sekolah di Acheh.
Program ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Lawatan ini disambut meriah dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang Kelab Seni Budaya sepanjang perarakan dari tapak parkir ke Bilik Gerakan. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan silat pembukaan oleh pesilat sekolah dan persembahan tarian zapin oleh kumpulan penari Kelab Seni Budaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Hj Khairi bin Bidin, PPD Sepang.
Tujuan lawatan ini juga bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa di antara SMK Seri Sepang dengan Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar melalui tanda tangan perjanjian persefahaman oleh Pengetua SMK Seri Sepang dan Kepala Dinas Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar.

Monday, January 04, 2016
PERMATA GEMILANG SMKSS
4 JAN 2016
Persekolahan sesi 2016 diceriakan dengan berita gembira untuk semua warga SMKSS apabila seorang murid puteri, SITI NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SYAWAL telah memenangi Johan Silat Remaja Dunia bagi Kategori Puteri Kelas J.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 26 - 31 Disember 2015 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Sekalung Tahniah buat SITI NUR SYAHIRAH khususnya dan SMKSS amnya. Semoga kejayaan HEBAT seperti ini berlaku dengan lebih kerap lagi di persada yang besar seperti kali ini,
Sesungguhnya, kami warga SMKSS berbangga dengan kejayaan ini wahai SITI NUR SYAHIRAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pengenalan Dewan Makan bermaksud tempat menyediakan makanan dan minuman dan tempat makan dan minum di pejabat atau sekolah. Dewan Mak...
-
SMK SERI SEPANG SESI PAGI 2017 BIL. NAMA JAWATAN GRED 1 ZAINI BINTI MOHD SHAH PENGETUA D...
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982 dan siap pembinaannya pada tahun 1984. Setelah siap...
-
Pada pagi Isnin 25 Februari 2013 yang lalu kita telah menerima satu berita yang amat mengejutkan seluruh warga SMK Seri Sepang. Seorang...
-
BIL NAMA JAWATAN 1 HAPIZOH BINTI TALIB PENGETUA 2 SITI ZUBAID...
-
Kejohanan Sukan Tahunan 2013 telah diadakan dengan jayanya pada 30 Jun 2013 - Ahad di Padang SMK Seri Sepang. Kejohanan tahun ini menyaksi...
-
SMK SERI SEPANG SESI PETANG 2017 BIL. NAMA JAWATAN GRED 1 AMIR ADLI BIN HANNAFI PEN. KANAN PE...
-
BIL NAMA JAWATAN 1 MD RASUL BIN SAMUDI PEN.KANAN PETANG 2 SAR...
-
KLIA - 27 Jun 2013 : Seramai 40 pelajar tingkatan 5 bersama 2 orang guru pengiring telah melawat ke Hangar KLIA. Pelajar yang terlibat...