Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Friday, September 13, 2013

MAJLIS RESTU PMR 2013

Jumaat - 12 September 2013 telah berlangsung Majlis Restu dan Penyerahan Slip Peperiksaan Percubaan PMR 2013.  Majlis ini bermula jam 8.15 pagi dipengerusikan oleh Puan Kasmimi Hassan.  Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustadz Sahfrizal Anuar.  Seterusnya ucapan aluan oleh Pn Noor Marhamah bt Mohd Shamlan selaku PK Pentadbiran.  Selepas tetamu jemputan iaitu Ustadz Norazman menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan ringan.  Seterusnya pelajar bersalaman dengan para guru untuk memohon restu daripada guru-guru.  Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi diikuti dengan penyerahan slip peperiksaan percubaan PMR 2013 diadakan di kelas masing-masing..  Selepas itu pelajar dibenarkan pulang bersama penjaga masing-masing.
 
                                                           

  


Monday, September 02, 2013

DAPATKAN YES ID DAN PASSWORD ANDA DI SINI

TAIPKAN NO KP ANDA PADA RUANGAN NO KAD PENGENALAN TANPA TANDA " - "





SILA SALIN DAN SIMPAN YES ID DAN PASSWORD ANDA UNTUK LOGIN KE DALAM AKAUN VLE FROG ANDA.

Saturday, August 24, 2013

PERSEKOLAHAN GANTI - JAMUAN HARI RAYA.....

Sabtu 24 Ogos 2013 merupakan persekolahan ganti bagi semua pelajar SMKSS.  Bersempena Bulan Syawal ini persekolahan ganti ini akan diadakan jamuan hari raya.  Pelbagai juadah raya akan dihidangkan untuk dinikmati bersama.



Wednesday, August 21, 2013

TINDAKAN SEGERA SEMUA MURID SMK SERI SEPANG 2013

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID SMK SERI SEPANG TINGKATAN 1 - TINGKATAN 5, SILA LENGKAPKAN SOAL SELIDIK GURU PENYAYANG SEBELUM 28 OGOS 2013 SEPERTI DI LINK INI :

https://docs.google.com/a/btpnsel.edu.my/forms/d/1--DUAgtS_cAtCFrU5EeDvvWyLwjzieMWxyL3uuAJjIk/viewform

Tuesday, August 20, 2013

Terbakar.....Menyelamat dan Memadam.....

Latihan Kebakaran pada hari ini telah menyaksikan terdapat mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di Bilik Tayang.
Kepulan asap di lokasi kejadian
 Namun, pihak sekolah telah bertindak cekap dengan mengubungi bomba dengan segera.

  
Pihak bomba datang untuk menyelamat
dengan kadar segera
Semua warga SMK Seri Sepang menunggu dengan penuh debaran.  Mampukah mangsa yang terperangkap diselamatkan?

Dalam masa kira-kira 3 minit mangsa pertama berjaya dibawa turun dengan selamat. Diikuti dengan mangsa kedua dan ketiga.





    

 Mangsa-mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Latihan seterusnya adalah latihan memadam api menggunakan alat pemada api yang ada di sekolah.  Berat alat pemadam api ini adalah 9 kilogram.

 


Semoga dengan adanya latihan kebakaran seperti ini akan menambahkan kepekaan kita tentang keselamatan daripada kebakaran.

Monday, August 19, 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Alhamdulillah....
Setelah bercuti selama 2 minggu sempena Aidil Fitri dan cuti pertengahan semester ke-2 hari ini persekolahan bersambung semula. Tahniah  kepada warga SMK Seri Sepang yang berjaya menyambung persekolahan.  Semoga kejayaan mengiringi langkah kita semua.


Friday, August 02, 2013

PENGUMUMAN CUTI SEMPENA AIDIL FITRI


Salam Syawal yang bakal menjelang......
Di sini saya ingin memaklumkan bahawa warga SMK Seri Sepang akan bercuti sempena Aidil Fitri bermula 3 Ogos 2013 dan bersambung dengan cuti pertengahan semester kedua berakhir pada 18 OGOS 2013.  Persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari Isnin 19 Ogos 2013.
Seluruh warga SMK Seri Sepang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Jaga diri di sepanjang musim perayaan.

Popular Posts