Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang
Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..
Friday, September 13, 2013
MAJLIS RESTU PMR 2013
Jumaat - 12 September 2013 telah berlangsung Majlis Restu dan Penyerahan Slip Peperiksaan Percubaan PMR 2013. Majlis ini bermula jam 8.15 pagi dipengerusikan oleh Puan Kasmimi Hassan. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustadz Sahfrizal Anuar. Seterusnya ucapan aluan oleh Pn Noor Marhamah bt Mohd Shamlan selaku PK Pentadbiran. Selepas tetamu jemputan iaitu Ustadz Norazman menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan ringan. Seterusnya pelajar bersalaman dengan para guru untuk memohon restu daripada guru-guru. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi diikuti dengan penyerahan slip peperiksaan percubaan PMR 2013 diadakan di kelas masing-masing.. Selepas itu pelajar dibenarkan pulang bersama penjaga masing-masing.




Monday, September 02, 2013
DAPATKAN YES ID DAN PASSWORD ANDA DI SINI
TAIPKAN NO KP ANDA PADA RUANGAN NO KAD PENGENALAN TANPA TANDA " - "
SILA SALIN DAN SIMPAN YES ID DAN PASSWORD ANDA UNTUK LOGIN KE DALAM AKAUN VLE FROG ANDA.
SILA SALIN DAN SIMPAN YES ID DAN PASSWORD ANDA UNTUK LOGIN KE DALAM AKAUN VLE FROG ANDA.
Saturday, August 24, 2013
PERSEKOLAHAN GANTI - JAMUAN HARI RAYA.....
Sabtu 24 Ogos 2013 merupakan persekolahan ganti bagi semua pelajar SMKSS. Bersempena Bulan Syawal ini persekolahan ganti ini akan diadakan jamuan hari raya. Pelbagai juadah raya akan dihidangkan untuk dinikmati bersama.
Wednesday, August 21, 2013
TINDAKAN SEGERA SEMUA MURID SMK SERI SEPANG 2013
PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID SMK SERI SEPANG TINGKATAN 1 - TINGKATAN 5, SILA LENGKAPKAN SOAL SELIDIK GURU PENYAYANG SEBELUM 28 OGOS 2013 SEPERTI DI LINK INI :
https://docs.google.com/a/btpnsel.edu.my/forms/d/1--DUAgtS_cAtCFrU5EeDvvWyLwjzieMWxyL3uuAJjIk/viewform
https://docs.google.com/a/btpnsel.edu.my/forms/d/1--DUAgtS_cAtCFrU5EeDvvWyLwjzieMWxyL3uuAJjIk/viewform
Tuesday, August 20, 2013
Terbakar.....Menyelamat dan Memadam.....
Latihan Kebakaran pada hari ini telah menyaksikan terdapat mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di Bilik Tayang.
Namun, pihak sekolah telah bertindak cekap dengan mengubungi bomba dengan segera.
| Kepulan asap di lokasi kejadian |
Semua warga SMK Seri Sepang menunggu dengan penuh debaran. Mampukah mangsa yang terperangkap diselamatkan?
Dalam masa kira-kira 3 minit mangsa pertama berjaya dibawa turun dengan selamat. Diikuti dengan mangsa kedua dan ketiga.
Mangsa-mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
Latihan seterusnya adalah latihan memadam api menggunakan alat pemada api yang ada di sekolah. Berat alat pemadam api ini adalah 9 kilogram.
Semoga dengan adanya latihan kebakaran seperti ini akan menambahkan kepekaan kita tentang keselamatan daripada kebakaran.
Monday, August 19, 2013
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!
Alhamdulillah....
Setelah bercuti selama 2 minggu sempena Aidil Fitri dan cuti pertengahan semester ke-2 hari ini persekolahan bersambung semula. Tahniah kepada warga SMK Seri Sepang yang berjaya menyambung persekolahan. Semoga kejayaan mengiringi langkah kita semua.
Setelah bercuti selama 2 minggu sempena Aidil Fitri dan cuti pertengahan semester ke-2 hari ini persekolahan bersambung semula. Tahniah kepada warga SMK Seri Sepang yang berjaya menyambung persekolahan. Semoga kejayaan mengiringi langkah kita semua.
Friday, August 02, 2013
PENGUMUMAN CUTI SEMPENA AIDIL FITRI
Salam Syawal yang bakal menjelang......
Di sini saya ingin memaklumkan bahawa warga SMK Seri Sepang akan bercuti sempena Aidil Fitri bermula 3 Ogos 2013 dan bersambung dengan cuti pertengahan semester kedua berakhir pada 18 OGOS 2013. Persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari Isnin 19 Ogos 2013.
Seluruh warga SMK Seri Sepang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Jaga diri di sepanjang musim perayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
SMK SERI SEPANG SESI PAGI 2017 BIL. NAMA JAWATAN GRED 1 ZAINI BINTI MOHD SHAH PENGETUA D...
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982 dan siap pembinaannya pada tahun 1984. Setelah siap...
-
KAUNSELOR SESI PAGI PN. EZWATI BT ADNAN PN. ZATIL FAHADA BT MOHAMAD KAUNSELOR SESI PETANG PN. AZIDAH BINTI ABD AZIZ ...
-
STAFF 1 SABARIAH BINTI SURAMIN KETUA PEMBANTU TADBIR N26 2 AZIZAH BINTI ALIAS PEM. TADBIR (KEW)...
-
Tarikh : 15 Mei 2017 Hari : Selasa Tempat : Balai Bestari, SMK Seri Sepang
-
Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang bakal menggalas cabaran ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan B...
-
PROGRAM RIMUP RAYA DAN SAMBUTAN HARI GURU 2022 Tarikh : 20 Mei 2022 Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
-
TAKLIMAT PENGAWAS 2022 TARIKH : 9 MEI 2022 MASA : 7.30 - 8.40 PAGI TEMPAT : BALAI BESTARI ANJURAN : BADAN PENGAWAS SMKSS
-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 Tarikh : 21 Mei 2022 Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Medium : Google Meet
-
BIL NAMA JAWATAN 1 HAPIZOH BINTI TALIB PENGETUA 2 SITI ZUBAID...


