Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua warga SMKSS. Cuti hari raya Aidil Adha adalah pada hari Isnin & Selasa (14 & 15 Oktober 2013). Persekolahan akan berlaku seperti biasa pada hari Rabu (16 Oktober 2013).
Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang
Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..
Saturday, October 12, 2013
Tuesday, October 01, 2013
PMR 2013- SELAMAT BERJUANG....SEMOGA BERJAYA!
Kami warga SMKSS mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2013 kepada semua calon PMR SMKSS. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik serta memperolehi keputusan yang cemerlang.
Tuesday, September 24, 2013
LATIHAN VLE FROG UNTUK GURU
Perhatian kepada semua guru SMK Seri Sepang. In House training bagi VLE Frog untuk guru-guru bermula minggu ini. Guru-guru boleh memilih slot mengikut masa yang sesuai dengan kelapangan masing-masing. Borang pemilihan slot telah diletakkan di pejabat. Sebarang kesulitan tentang pemilihan slot masa latihan para guru bolehlah berhubung dengan Puan Dziadatul Iryani selaku Admin2 VLE Frog SMKSS. In house training akan dibuat di Makmal Komputer B dibawah kendalian Pn Rosemayuzie selaku Admin1 VLE Frog SMKSS. Sepanjang Minggu peperiksaan PMR, training akan dibuat bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 tgh. Harap maklum.
MARI KITA SEMAK TARIKH LUPUT LESEN MEMANDU SECARA ONLINE
Perhatian kepada semua warga SMK Seri Sepang yang telah memperolehi lesen memandu -terutamanya guru dan staf, anda boleh menyemak tarikh luput lesen memandu anda di laman web JPJ seperti di link di bawah :
http://www.jpj.gov.my/tarikh-luput-lesen-memandu
Sila semak supaya anda memandu dengan lesen memandu yang masih belum luput tarikh.
http://www.jpj.gov.my/tarikh-luput-lesen-memandu
Sila semak supaya anda memandu dengan lesen memandu yang masih belum luput tarikh.
Monday, September 23, 2013
SELAMAT DATANG PENGETUA BARU
Jumaat 20 September 2013, SMK Seri Sepang telah menerima pengetua baru selepas mantan pengetua iaitu Datin Paduka Hajah Faridah binti Che Hussin telah bersara pada 1 Ogos 2013.
Pengetua yang menggantikan Datin Paduka Hajah Faridah adalah Pn Zaini binti Mohd Shah yang merupakan mantan pengetua SMK Pantai Sepang Putra. Pn Zaini binti Mohd Shah bukanlah nama asing kepada sebahagian warga pendidik dan warga kerja SMKSS kerana Pn Zaini merupakan mantan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMKSS yang telah naik pangkat sebagai Pengetua SMK Pantai Sepang Putra pada tahun 2009.
Semoga dengan kedatangan Pn Zaini ke SMKSS bakal meneruskan dan memantapkan kecemerlangan yang dibina di bumi SMKSS.
Pengetua yang menggantikan Datin Paduka Hajah Faridah adalah Pn Zaini binti Mohd Shah yang merupakan mantan pengetua SMK Pantai Sepang Putra. Pn Zaini binti Mohd Shah bukanlah nama asing kepada sebahagian warga pendidik dan warga kerja SMKSS kerana Pn Zaini merupakan mantan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMKSS yang telah naik pangkat sebagai Pengetua SMK Pantai Sepang Putra pada tahun 2009.
Semoga dengan kedatangan Pn Zaini ke SMKSS bakal meneruskan dan memantapkan kecemerlangan yang dibina di bumi SMKSS.
| Pn Maizurah Wakil Kelab Guru |
| Mengukir senyuman di hari lapor diri |
| Ucapan aluan GKP1 |
| Ucapan pertama selaku Pengetua SMKSS |
| Harapan daripada GPK HEM |
| Tanda hati semoga kekal di sini |
Friday, September 13, 2013
FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN - SEMOGA BERJAYA!
Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang bakal menggalas cabaran ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 18 - 19 September 2013. Seluruh warga SMK Seri Sepang khususnya, Daerah Sepang dan Begeri Selangor amnya mendoakan kejayaan Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang. Semoga kejayaan yang bakal dicipta oleh pasukan ini menjadi penyuntik semangat kepada seluruh warga SMK Seri Sepang dalam membina kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.
LATIHAN VLE FROG STUDENT CHAMPION DAERAH SEPANG KALI KE 2/2013
Rabu - 4 September 2013 jam 2.00 - 5.00 petang telah berlangsung sesi Latihan VLE FROG Student Champion Daerah Sepang Kali ke 2/2013 di Makmal Komputer SMK Seri Sepang. Latihan ini melibatkan 16 buah sekolah daerah Sepang. Latihan ini dihadiri oleh wakil 4 orang pelajar dan 1 orang guru bagi setiap sekolah. Latihan ini adalah bagi memberikan latihan tentang penggunaan VLE Frog kepada kumpulan Student Champion yang menjadi jurulatih pelajar di sekolah masing-masing.



Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
SMK SERI SEPANG SESI PAGI 2017 BIL. NAMA JAWATAN GRED 1 ZAINI BINTI MOHD SHAH PENGETUA D...
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982 dan siap pembinaannya pada tahun 1984. Setelah siap...
-
KAUNSELOR SESI PAGI PN. EZWATI BT ADNAN PN. ZATIL FAHADA BT MOHAMAD KAUNSELOR SESI PETANG PN. AZIDAH BINTI ABD AZIZ ...
-
STAFF 1 SABARIAH BINTI SURAMIN KETUA PEMBANTU TADBIR N26 2 AZIZAH BINTI ALIAS PEM. TADBIR (KEW)...
-
Tarikh : 15 Mei 2017 Hari : Selasa Tempat : Balai Bestari, SMK Seri Sepang
-
Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang bakal menggalas cabaran ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan B...
-
PROGRAM RIMUP RAYA DAN SAMBUTAN HARI GURU 2022 Tarikh : 20 Mei 2022 Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
-
TAKLIMAT PENGAWAS 2022 TARIKH : 9 MEI 2022 MASA : 7.30 - 8.40 PAGI TEMPAT : BALAI BESTARI ANJURAN : BADAN PENGAWAS SMKSS
-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 Tarikh : 21 Mei 2022 Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Medium : Google Meet
-
BIL NAMA JAWATAN 1 HAPIZOH BINTI TALIB PENGETUA 2 SITI ZUBAID...

