14 JANUARI 2016 - KHAMIS
Perkarangan SMK SERI SEPANG dimeriahkan oleh kunjungan delegasi Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar, Banda Acheh, Indonesia yang terdiri daripada 30 orang kepala sekolah sekitar Acheh Besar.
Lawatan ini merupakan kunjung balas delegasi Acheh sebagai tanda terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan sebahagian guru SMK Seri Sepang kepada sekolah-sekolah di Acheh.
Program ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Lawatan ini disambut meriah dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang Kelab Seni Budaya sepanjang perarakan dari tapak parkir ke Bilik Gerakan. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan silat pembukaan oleh pesilat sekolah dan persembahan tarian zapin oleh kumpulan penari Kelab Seni Budaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Hj Khairi bin Bidin, PPD Sepang.
Tujuan lawatan ini juga bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa di antara SMK Seri Sepang dengan Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar melalui tanda tangan perjanjian persefahaman oleh Pengetua SMK Seri Sepang dan Kepala Dinas Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar.
Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang
Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..
Tuesday, January 19, 2016
Monday, January 04, 2016
PERMATA GEMILANG SMKSS
4 JAN 2016
Persekolahan sesi 2016 diceriakan dengan berita gembira untuk semua warga SMKSS apabila seorang murid puteri, SITI NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SYAWAL telah memenangi Johan Silat Remaja Dunia bagi Kategori Puteri Kelas J.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 26 - 31 Disember 2015 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Sekalung Tahniah buat SITI NUR SYAHIRAH khususnya dan SMKSS amnya. Semoga kejayaan HEBAT seperti ini berlaku dengan lebih kerap lagi di persada yang besar seperti kali ini,
Sesungguhnya, kami warga SMKSS berbangga dengan kejayaan ini wahai SITI NUR SYAHIRAH!
Tuesday, August 04, 2015
JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH
PASUKAN FORUM REMAJA SMK SERI SEPANG
Wednesday, January 14, 2015
Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015
Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 pada :
Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu)
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas
Untuk makluman ibubapa/penjaga, pihak sekolah akan menyerahkan Bantuan khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid. Oleh itu, ibubapa/ penjaga tidak perlu hadir ke sekolah untuk mengambil bantuan khas tersebut.
Sekian, terima kasih.
Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu)
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas
Untuk makluman ibubapa/penjaga, pihak sekolah akan menyerahkan Bantuan khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid. Oleh itu, ibubapa/ penjaga tidak perlu hadir ke sekolah untuk mengambil bantuan khas tersebut.
Sekian, terima kasih.
Monday, November 03, 2014
Tuesday, October 14, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
SMK SERI SEPANG SESI PAGI 2017 BIL. NAMA JAWATAN GRED 1 ZAINI BINTI MOHD SHAH PENGETUA D...
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982 dan siap pembinaannya pada tahun 1984. Setelah siap...
-
KAUNSELOR SESI PAGI PN. EZWATI BT ADNAN PN. ZATIL FAHADA BT MOHAMAD KAUNSELOR SESI PETANG PN. AZIDAH BINTI ABD AZIZ ...
-
STAFF 1 SABARIAH BINTI SURAMIN KETUA PEMBANTU TADBIR N26 2 AZIZAH BINTI ALIAS PEM. TADBIR (KEW)...
-
Tarikh : 15 Mei 2017 Hari : Selasa Tempat : Balai Bestari, SMK Seri Sepang
-
Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang bakal menggalas cabaran ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan B...
-
PROGRAM RIMUP RAYA DAN SAMBUTAN HARI GURU 2022 Tarikh : 20 Mei 2022 Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
-
TAKLIMAT PENGAWAS 2022 TARIKH : 9 MEI 2022 MASA : 7.30 - 8.40 PAGI TEMPAT : BALAI BESTARI ANJURAN : BADAN PENGAWAS SMKSS
-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 Tarikh : 21 Mei 2022 Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Medium : Google Meet
-
BIL NAMA JAWATAN 1 HAPIZOH BINTI TALIB PENGETUA 2 SITI ZUBAID...





