Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Saturday, October 12, 2013

SALAM AIDIL ADHA

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua warga SMKSS.  Cuti hari raya Aidil Adha adalah pada hari Isnin & Selasa (14 & 15 Oktober 2013). Persekolahan akan berlaku seperti biasa pada hari Rabu (16 Oktober 2013).



Tuesday, October 01, 2013

PMR 2013- SELAMAT BERJUANG....SEMOGA BERJAYA!


good luck - Google Search


Kami warga SMKSS mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2013 kepada semua calon PMR SMKSS.  Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik serta memperolehi keputusan yang cemerlang.

Tuesday, September 24, 2013

LATIHAN VLE FROG UNTUK GURU

Perhatian kepada semua guru SMK Seri Sepang. In House training bagi VLE Frog untuk guru-guru bermula minggu ini.  Guru-guru boleh memilih slot mengikut masa yang sesuai dengan kelapangan masing-masing. Borang pemilihan slot telah diletakkan di pejabat.  Sebarang kesulitan tentang pemilihan slot masa latihan para guru bolehlah berhubung dengan Puan Dziadatul Iryani selaku Admin2 VLE Frog SMKSS.  In house training akan dibuat di Makmal Komputer B dibawah kendalian Pn Rosemayuzie selaku Admin1 VLE Frog SMKSS.  Sepanjang Minggu peperiksaan PMR, training akan dibuat bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 tgh.  Harap maklum.

MARI KITA SEMAK TARIKH LUPUT LESEN MEMANDU SECARA ONLINE

Perhatian kepada semua warga SMK Seri Sepang yang telah memperolehi lesen memandu -terutamanya guru dan staf, anda boleh menyemak tarikh luput lesen memandu anda di laman web JPJ seperti di link di bawah :
http://www.jpj.gov.my/tarikh-luput-lesen-memandu

Sila semak supaya anda memandu dengan lesen memandu yang masih belum luput tarikh.

Monday, September 23, 2013

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU

Jumaat 20 September 2013, SMK Seri Sepang telah menerima pengetua baru selepas mantan pengetua  iaitu Datin Paduka Hajah Faridah binti Che Hussin telah bersara pada 1 Ogos 2013.
Pengetua yang menggantikan Datin Paduka Hajah Faridah adalah Pn Zaini binti Mohd Shah yang merupakan mantan pengetua SMK Pantai Sepang Putra.  Pn Zaini binti Mohd Shah bukanlah nama asing kepada sebahagian warga pendidik dan warga kerja SMKSS kerana Pn Zaini merupakan mantan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMKSS yang telah naik pangkat sebagai Pengetua SMK Pantai Sepang Putra pada tahun 2009.
Semoga dengan kedatangan Pn Zaini ke SMKSS bakal meneruskan dan memantapkan kecemerlangan yang dibina di bumi SMKSS.


Pn Maizurah Wakil Kelab Guru
Mengukir senyuman di hari lapor diri


Ucapan aluan GKP1
Ucapan pertama selaku Pengetua SMKSS
Harapan daripada GPK HEM
Tanda hati semoga kekal di sini



Friday, September 13, 2013

FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN - SEMOGA BERJAYA!

Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang bakal menggalas cabaran ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 18 - 19 September 2013.  Seluruh warga SMK Seri Sepang khususnya, Daerah Sepang dan Begeri Selangor amnya mendoakan kejayaan Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang.  Semoga kejayaan yang bakal dicipta oleh pasukan ini menjadi penyuntik semangat kepada seluruh warga SMK Seri Sepang dalam membina kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.

 

LATIHAN VLE FROG STUDENT CHAMPION DAERAH SEPANG KALI KE 2/2013

Rabu - 4 September 2013 jam 2.00 - 5.00 petang telah berlangsung sesi Latihan VLE FROG Student Champion Daerah Sepang Kali ke 2/2013 di Makmal Komputer SMK Seri Sepang.  Latihan ini melibatkan 16 buah sekolah daerah Sepang.  Latihan ini dihadiri oleh wakil 4 orang pelajar dan 1 orang guru bagi setiap sekolah.  Latihan ini adalah bagi memberikan latihan tentang penggunaan VLE Frog kepada kumpulan Student Champion yang menjadi jurulatih pelajar di sekolah masing-masing.




                       

 


                               




Popular Posts