Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Tuesday, October 14, 2014

Berita Astro Awani Kembara Bahasa 2014

You tube Kembara Bahasa 2014 - Astro Awani

Kembara Bahasa 2014

Pada 13 Oktober 2014, SMK Seri Sepang telah menjadi tuan rumah dalam menjayakan Program Kembara Bahasa 2014. Program tersebut telah disertai oleh 80 buah kenderaan dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunie. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Dato Dr Awang Sarian. 


Kembara pertama yang sampai ke SMK Seri Sepang


Wakil Dewan Bahasa dan Pustaka

PK Hem bersalaman dengan KPDBDP

Pasukan Silat memberi persembahan kepada pasukan kembara

Guru-guru SMKSS yang menyambut tetamu

Puan Pengetua di temurah oleh wartawan

80 buah kenderaan peserta kembara





Tuesday, August 26, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA, HARI APPRESIASI KO KURIKULUM & PELANCARAN BULAN PATRIOTIK 2014

Pada hari Sabtu persekolahan ganti bertarikh 16 Ogos 2014 telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Hari Appresiasi Ko Kurikulum serta Pelancaran Bulan Patriotik 2014.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Seri Sepang iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Ahmad. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada jam 12.00 tengahari.  Walaupun terganggu oleh hujan yang turun dengan agak lebat tetapi majlis berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancang dengan komitmen semua pihak.
   
     

           
        
  




Tuesday, August 12, 2014

PENARAFAN SSQS 2014

Penarafan SSQS 2014 sedang berjalan sehingga 30 Ogos 2014.  Responden terdiri daripada seorang Pentadbir, seorang Guru Penyelaras Media, 30 orang guru dan 30 orang murid mesti melengkapkan soal selidik yang berkaitan secara atas talian.

Setiap responden akan diberikan satu token dan setiap token hanya boleh digunakan sekali sahaja.  Setiap responden perlu memasukkan token untuk meneruskan soal selidik.

Soal selidik boleh diakses pada pautan
http://ssqssel.btpnsel.edu.my

Bagi responden yang memerlukan panduan boleh membaca panduan ssqs pada pautan
Panduan SSQS 2014



Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Warga SMK Seri Sepang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..Kosong..Kosong

Wednesday, July 16, 2014

PENGUMUMAN CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI

KETERANGAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2014.
CUTI AKAN BERMULA PADA 26 JULAI 2014 (SABTU) HINGGA 3 OGOS 2014 (AHAD).

Keterangan cuti bagi sekolah-sekolah adalah seperti berikut :
26 Julai 2014 (Cuti Am),
27 Julai 2014 (Cuti Am),
28 Julai 2014 (Cuti Umum - Aidil Fitri)
29 Julai 2014 (Cuti Umum - Aidil Fitri)
30 Julai 2014 (Cuti Peristiwa)
31 Julai 2014 (Cuti Ganti - Telah diganti pada 10 Mei 2014), dan
01 Ogos 2014 (Cuti Ganti - Telah diganti pada 21 Jun 2014)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA WARGA SMKSS.

Monday, June 30, 2014

TAHNIAH SMKSS GEMILANG!

VIDEO KEMENANGAN 
PERTANDINGAN MULTIMEDIA 
REMAJA SIHAT TANPA STRESS & MINDA SIHAT
OLEH : AMIR HADI & ZAFRI


Popular Posts