Pada Minggu Pertama dan Kedua Januari, Pengurusan Pusat Sumber SMK Seri Sepang telah mengadakan Taklimat Mengenai Pusat Sumber dan Kepentingan Nilam kepada Semua Pemimpin-pemimpin muda dan murid-murid tingkatan 1 dan 4. Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang Pusat Sumber kepada Pemimpin Muda dan murid baru di SMK Seri Sepang.
Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang
Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..
Wednesday, February 15, 2017
Tuesday, July 26, 2016
MAKLUMAN UJIAN LISAN BAHASA MELAYU PT3 2016
MAKLUMAN UJIAN LISAN BAHASA MELAYU PT3 2016
1⃣ 2 - 4 Ogos : Ujian Bertutur
2⃣ 9 Ogos : Ujian Mendengar ( diadakan hanya sehari dan serentak di seluruh Malaysia)
2⃣ 9 Ogos : Ujian Mendengar ( diadakan hanya sehari dan serentak di seluruh Malaysia)
Wednesday, March 09, 2016
Solat Sunat Khusuf (Gerhana Matahari)
Pada 9 Mar 2016 8.00 Pagi Warga SMK Seri Sepang telah melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah yang dimamkan oleh Ustaz Mohd Shafrizal Anuar Bin Baharuddin.
‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab
Thursday, February 18, 2016
SIJIL ENGLISH 1119 CALON SPM 2014
PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2014,
SIJIL ENGLISH 1119 SUDAH BOLEH DIAMBIL DI PEJABAT SEKOLAH BERMULA PADA HARI INI. CALON BOLEH BERURUSAN DENGAN KERANI SEKOLAH.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN PIHAK PEJABAT SEKOLAH DI TALIAN 03-87061077

Tuesday, January 19, 2016
AMANAT KETUA BALAI UNTUK ANAK-ANAK SMK SERI SEPANG
18 JAN 2016 - ISNIN
SMK SERI SEPANG Menerima kunjungan mesra Ketua Balai ASP Awang Adenan dari Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi.
Kunjungan beliau bersama pasukannya adalah untuk memberikan amanat agar semua murid menjaga ketenteraman sekeliling terutamanya tentang hubungan antara sesama murid dan hubungan dengan guru. Beliau memberi amanat dalam perhimpunan pada sesi pagi dan sesi petang.
Semoga kunjungan seperti ini dilakukan dengan lebih kerap lagi di masa akan datang demi menjaga ketenteraman sekolah dan masyarakat.

PROGRAM LAWATAN JALINAN ANTARABANGSA MUSYAWARAH KERJA KEPALA SEKOLAH ACHEH BESAR, BANDA ACHEH, INDONESIA
14 JANUARI 2016 - KHAMIS
Perkarangan SMK SERI SEPANG dimeriahkan oleh kunjungan delegasi Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar, Banda Acheh, Indonesia yang terdiri daripada 30 orang kepala sekolah sekitar Acheh Besar.
Lawatan ini merupakan kunjung balas delegasi Acheh sebagai tanda terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan sebahagian guru SMK Seri Sepang kepada sekolah-sekolah di Acheh.
Program ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Lawatan ini disambut meriah dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang Kelab Seni Budaya sepanjang perarakan dari tapak parkir ke Bilik Gerakan. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan silat pembukaan oleh pesilat sekolah dan persembahan tarian zapin oleh kumpulan penari Kelab Seni Budaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Hj Khairi bin Bidin, PPD Sepang.
Tujuan lawatan ini juga bagi mewujudkan kerjasama antarabangsa di antara SMK Seri Sepang dengan Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar melalui tanda tangan perjanjian persefahaman oleh Pengetua SMK Seri Sepang dan Kepala Dinas Musyawarah Kerja Kepala Sekolah Acheh Besar.

Monday, January 04, 2016
PERMATA GEMILANG SMKSS
4 JAN 2016
Persekolahan sesi 2016 diceriakan dengan berita gembira untuk semua warga SMKSS apabila seorang murid puteri, SITI NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SYAWAL telah memenangi Johan Silat Remaja Dunia bagi Kategori Puteri Kelas J.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 26 - 31 Disember 2015 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Sekalung Tahniah buat SITI NUR SYAHIRAH khususnya dan SMKSS amnya. Semoga kejayaan HEBAT seperti ini berlaku dengan lebih kerap lagi di persada yang besar seperti kali ini,
Sesungguhnya, kami warga SMKSS berbangga dengan kejayaan ini wahai SITI NUR SYAHIRAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
SMK SERI SEPANG SESI PAGI 2017 BIL. NAMA JAWATAN GRED 1 ZAINI BINTI MOHD SHAH PENGETUA D...
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982 dan siap pembinaannya pada tahun 1984. Setelah siap...
-
KAUNSELOR SESI PAGI PN. EZWATI BT ADNAN PN. ZATIL FAHADA BT MOHAMAD KAUNSELOR SESI PETANG PN. AZIDAH BINTI ABD AZIZ ...
-
STAFF 1 SABARIAH BINTI SURAMIN KETUA PEMBANTU TADBIR N26 2 AZIZAH BINTI ALIAS PEM. TADBIR (KEW)...
-
Tarikh : 15 Mei 2017 Hari : Selasa Tempat : Balai Bestari, SMK Seri Sepang
-
Pasukan Forum Remaja SMK Seri Sepang bakal menggalas cabaran ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan B...
-
PROGRAM RIMUP RAYA DAN SAMBUTAN HARI GURU 2022 Tarikh : 20 Mei 2022 Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
-
TAKLIMAT PENGAWAS 2022 TARIKH : 9 MEI 2022 MASA : 7.30 - 8.40 PAGI TEMPAT : BALAI BESTARI ANJURAN : BADAN PENGAWAS SMKSS
-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 Tarikh : 21 Mei 2022 Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Medium : Google Meet
-
BIL NAMA JAWATAN 1 HAPIZOH BINTI TALIB PENGETUA 2 SITI ZUBAID...