Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Wednesday, April 30, 2014

Juara Forum Remaja


Keserasian 4 sekawan dari tingkatan 5 iaitu Amierul Syafiq kamaruzzaman, Muhammad Amirul haziq Ambiah, Muhammad amin Hazlan dan Noorul Ridwan Mohamed Ibrahin telah muncul juara pertandingan Forum Remaja peringkat daerah Sepang. Tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama SMK Seri Sepang.

Nurul Nadhirah Tingkatan 3 Arif Juara Sahiba Daearah Sepang

Wakil murid tingkatan 3 Arif Nurul Nadhirah telah menjuarai pertandingan Sahiba peringkat daerah Sepang. Nurul telah mengalahkan 27 murid dari 13 sekolah dalam daerah Sepang. Tahniah di ucapkan kepada Nurul Nadhirah kerana mengharumkan nama SMK Seri Sepang.

Monday, April 07, 2014

Pengurusan Dewan Makan SMK Seri Sepang

Pengenalan
Dewan Makan bermaksud tempat menyediakan makanan dan minuman dan tempat makan dan minum di pejabat atau sekolah.  Dewan Makan memberikan peluang untuk mengembangkan tingkah laku dan kebiasaan positif dalam kalangan pelajar. Hal-hal berikut dapat diambilkira oleh pengurusan sekolah  untuk memperbaiki persekitaran dewan makan sekolah:
1.       menentukan prosedur untuk menutup dan membuka dewan makan atau apabila pelajar memasuki dan meninggalkan dewan makan;
2.       memperhatikan semua tingkah laku pelajar dalam dewan makan;
3.       menyusun suatu aturan pembayaran yang tidak merugikan dewan makan;
4.       membuat susunan tempat duduk yang sesuai;
5.       menentukan peraturan bagi membentuk tatasusila pelajar  di meja makan;
6.       mengatur dekorasi dan informasi, seperti: lukisan, poster-poster kesihatan;
7.       menyajikan muzik sepanjang waktu makan;
8.       mengatur pelajar yang makan dengan membawa makanan sendiri; menyusun prosedur pengembalian peralatan atau tempat makanan dan pada saat meninggalkan ruangan makan
Dengan dimikian, kewujudan dewan makan di asrama sekolah, tidak hanya sekadar untuk memenuhi keperluan makan dan minum warga asrama semata-mata, namun dapat dijadikan sebagai ruang untuk mendidik warga asrama tentang kesihatan, kebersihan, kejujuran, saling menghargai, disiplin dan nilai-nilai lainnya.
Di sinilah kepentingan pengurusan asrama sekolah sebagai salah satu aspek pengurusan sekolah.

Matlamat dan Objektif Dewan Makan

1. Menyediakan makanan yang seimbang
2. Mewujudkan suasana penyediaan makanan dan ruang makan yang bersih, sihat, ceria dan selamat
3. Menjalin hubungan yang mesra antara pihak sekolah dengan pengusaha dewan makan
4. Membudayakan amalan penjagaan kebersihan dan kesihatan yang baik
5. Membudayakan sahsiah dan disiplin yang baik sewaktu makan walau di mana sahaja mereka berada
6. Mewujudkan semangat kekitaan terhadap semua aspek berkaitan dewan makan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Motto Dewan Makan
BERSIH, SIHAT,CERIA SELAMAT DAN MINDA SIHAT


Thursday, April 03, 2014

Kata TAK NAK pada rokok

APA ITU ASAP ROKOK PASIF?
Gabungan asap rokok aliran sisi dari bahagian yang menyala dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar perokok.

SIAPAKAH PEROKOK PASIF?
Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu (WHO).
Perokok Pasif mempunyai risiko:
•30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru.
•25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung.

PEROKOK PASIF MENGHADAPI RISIKO YANG TINGGI TERDEDAH KEPADA PELBAGAI PENYAKIT

Wanita
• Isteri perokok berisiko 30% lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru.
• Lebih terdedah kepada kanser.
• Kurang kesuburan.
• Putus haid awal.
• Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.
• Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
Kanak-kanak
• Mudah mendapat asma / lelah
• Risiko mendapat jangkitan paru-paru.
• Pertumbuhan paru-paru terganggu.
Rakan-rakan
• Mengalami kesan-kesan seperti batuk-batuk, pedih mata, loya dan pening kepala.
• Sekiranya mereka pesakit jantung, mereka lebih mudah mendapat serangan jantung manakala pesakit asma pula mudah mendapat serangan asma yang teruk.
TANGGUNGJAWAB ANDA!

JIKA ANDA SEORANG PEROKOK:
• Ambillah langkah untuk berhenti merokok kerana ia memberi kesan buruk kepada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang.
• Pastikan anda tidak merokok di tempat-tempat dilarang merokok. Sekiranya disabitkan kesalahan, anda boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.
• Jika anda ingin berhenti merokok, dapatkan bantuan daripada Klinik Berhenti Merokok yang terdekat.

JIKA ANDA BUKAN SEORANG PEROKOK:
• Katakan jangan merokok berdekatan anda.
• Suarakan hak anda untuk bebas dari asap rokok.

Kawasan Larangan Merokok Mengikut PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 SUBPERATURAN 11(1)- TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK

• Pusat hiburan atau teater
• Hospital atau klinik
• Lif dan tandas awam
• Tempat makan atau kedai berhawa dingin
• Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
• Mana-mana bangunan yang diwartakan di bawah peraturan 22
• Lapangan terbang
• Premis kerajaan • Kawasan perhimpunan
• Kawasan institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi
• Kawasan taman asuhan kanak-kanak
• Bas sekolah
• Kaunter perkhidmatan di dalam bangunan
• Kompleks membeli-belah
• Stesen minyak
• Stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
• Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
• Perpustakaan
• Kafe internet
• Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) 

Piramid Makanan

Gambar Piramid Makanan yang perlu kita amalkan

Kepentingan air masak

Mari kita amalkan

Menjaga kesihatan mengikut cara Rasulullah SAW



1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
Wallahua'lam.

Popular Posts