Program Pertukaran AFS bagi Sesi Hemisfera Selatan Tahun 2017(Setahun). Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia merupakan organisasi antarabangsa yang ditubuhkan selepas perang dunia pertama. Lebih dari 60 buah Negara di seluruh dunia telah menganggotai AFS sejak tahun 1947. AFS dikenali sebagai Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia.
Objektif Utama organisasi ini ditubuhkan adalah untuk mengadakan program pertukaran kebudayaan di kalangan pelajar-pelajar seluruh dunia. Seramai 13 orang pelajar terlibat dalam program Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia pada tahun ini di Malaysia, salah seorangnya adalah pelajar bernama RIHO IWASE dari Jepun berusia 16 tahun telah di tempatkan di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEPANG.
Kami sebagai warga SMK Seri Sepang berbesar hati dengan kehadiran Riho. Selamat Datang di SMK Seri Sepang
No comments:
Post a Comment