Selamat Datang ke blog SMK Seri Sepang

Blog ini khas dibangunkan untuk semua warga SMK Seri Sepang.Blog ini diharap menjadi medium interaksi sesama warga SMK Seri Sepang..

Thursday, March 16, 2017

Penyerahan Keputusan SPM 2016

Tahniah kepada calon SPM 2016 diatas keputusan yang membanggakan. 2 orang pelajar telah mendapat 9A iaitu Sivwani dan Prem Ananda, 4 orang telah mendapat 8A, 3 orang telah mendapat 7A, dan 3 orang telah mendapat 6A. Gred Purata Sekolah (GPS) telah meningkat kepada 5.52 daripada 5.93(2015). Jumlah calon keseluruhan seramai 365 orang murid. Semoga keputusan SPM ini dapat memberikan peluang kepada mereka untuk melayakkan diri keperingkat lebih tinggi.


Pengerusi Majlis
Ucapan Puan Pengetua
Penyerahan Beg Saham Koperasi

Pelajar yang mendapat 9 A

Antara Kiosk kolej-kolej yang hadir untuk  memberi penerangan kepada pelajar

Antara Kiosk kolej-kolej yang hadir untuk  memberi penerangan kepada pelajar

Cikgu telah bersedia untuk memberi keputusan kepada pelajar

Cikgu telah bersedia untuk memberi keputusan kepada pelajar

Cikgu telah bersedia untuk memberi keputusan kepada pelajar

Cikgu telah bersedia untuk memberi keputusan kepada pelajar

Cikgu telah bersedia untuk memberi keputusan kepada pelajar

Cikgu telah bersedia untuk memberi keputusan kepada pelajar
Cikgu telah bersedia untuk memberi keputusan kepada pelajar
Pelajar Cemerlang 9A
Pelajar 9A

























Tuesday, March 14, 2017

PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2017

Perasmian minggu Sains dan Matematik 2017 ke arah warga Smk Seri Sepang yang kreatif, kritis dan inovasi. Gimik pelancaran Minggu Sains dan Matematik ialah Roket Air.


Pengerusi Majlis
Dirasmikan oleh Pengetua Puan Zaini
Guru-guru Sains dan Matematik
Barisan Pentadbir dan Guru-guru
Cenderahati daripada Panitia Sains dan Matematik kepada Puan Zaini
Persediaan Roket Air


Roket Air berjaya diterbangkan















Tuesday, February 21, 2017

Kehadiran Pelajar Antarabangsa

 Program Pertukaran AFS bagi Sesi Hemisfera Selatan Tahun 2017(Setahun). Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia merupakan organisasi antarabangsa yang ditubuhkan selepas perang dunia pertama. Lebih dari 60 buah Negara di seluruh dunia telah menganggotai AFS sejak tahun 1947. AFS dikenali sebagai Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia.

Objektif Utama organisasi ini ditubuhkan adalah untuk mengadakan program pertukaran kebudayaan di kalangan pelajar-pelajar seluruh dunia. Seramai 13 orang pelajar terlibat dalam program Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia pada tahun ini di Malaysia, salah seorangnya adalah pelajar bernama RIHO IWASE dari Jepun berusia 16 tahun telah di tempatkan di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEPANG.

Kami sebagai warga SMK Seri Sepang berbesar hati dengan kehadiran Riho. Selamat Datang di SMK Seri Sepang





Monday, February 20, 2017

Perlancaran Nilam Peringkat Sekolah

Pada 20hb Feb 2017 bersamaan hari Isnin satu Pelancaran Nilam peringkat sekolah telah diadakan. Pelancaran ini diadakan serentak bersama-sama Watikah Pemimpinan Muda Sekolah iaitu Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya serta Ketua dan Penolong Tingkatan. 

Gimik Pelancaran Nilam dan Watikah Pelantikan Pemimpin ini diserikan dengan ketibaan masuk Trak Book2U dari Karangkarf. 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Shamsul Bin Shahid Penolong PPD Sepang Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid.





















Saturday, February 18, 2017

Book2U by Karangkraf


Semua guru dan pelajar SMK Seri Sepang dijemput untuk memeriahkan  Trak Book2U  dari Karangkraf Sdn Bhd yg akan datang ke sekolah sempena Pelancaran Nilam peringkat sekolah pd hari Isnin 20hb  Feb 2017 bertempat di tapak perhimpunan  dari jam 7am-4pm (Sehari sahaja..) 

Jom ! Ramai2 rebut peluang mendapatkan novel serendah Rm5  sahaja..


Popular Posts